Cari:
Presiden Xi, Wakil NPC, CPPCC Bincangkan FYP-13
2016-03-16 14:35:16 CRI Cetak

Perbahasan tentang garis panduan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun Ke-13 (FYP-13) antara agenda utama dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) tahun ini. Topik ini serta hala tuju pembangunan ekonomi negara ini pada masa akan datang juga menjadi fokus sesi perbincangan antara Presiden China, Xi Jinping dengan para wakil NPC dan anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) baru-baru ini.

Ketika menyampaikan perutusan dalam sesi perbincangan dengan anggota CPPCC dari lingkungan industri dan perniagaan, Presiden Xi menegaskan komitmen kerajaan untuk terus menggalakkan perkembangan sektor swasta. Kata beliau: "Kedudukan dan peranan yang dimainkan oleh sektor swasta dalam memacu pembangunan sosioekonomi negara tidak berubah. Kerajaan akan mengekalkan dasar bagi menggalakkan, menyokong dan membimbing sektor tersebut, di samping menyediakan suasana yang bermanfaat serta peluang baharu kepada syarikat-syarikat swasta."

Penggantian pemimpin pihak berkuasa Taiwan yang bakal diadakan, sekali lagi membawa cabaran kepada perkembangan hubungan damai antara Tanah Besar China dengan Taiwan. Semasa menyertai sesi perbincangan dengan delegasi wakil NPC dari Shanghai, Presiden Xi berkata: "Rakyat setanah air dari kedua-dua pantai Selat Taiwan meletakkan harapan sepenuhnya terhadap perkembangan hubungan damai antara kedua-dua pihak. Kita tidak boleh mengecewakan mereka dan tidak boleh membiarkan tragedi pemisahan negara berlaku. Hal ini merupakan komitmen dan tanggungjawab kita terhadap sejarah dan rakyat."

Laporan kerja kerajaan turut menegaskan bahawa kerajaan akan mempertingkatkan lagi usaha membasmi kemiskinan di seluruh negara, khususnya di kawasan desa yang mundur. Sehubungan dengan itu, Presiden Xi berkata: "Usaha membasmi kemiskinan antara satu tugas penting kerajaan dalam tempoh pelaksanaan FYP-13. Usaha ini hendaklah diperkasakan dan dipercepat dengan tindakan bersepadu, bagi mengatasi masalah kemiskinan di semua kawasan desa di negara ini menjelang tahun 2020."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China