Cari:
Li Keqiang: Hubungan Kejiranan Bergantung pada Usaha Bersama
2016-03-16 15:11:02 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyatakan bahawa China sentiasa mengesyorkan untuk mewujudkan persekitaran yang stabil dan menjalinkan hubungan kejiranan yang baik. Usaha bersama negara-negara di rantau ini diperlukan untuk memelihara keamanan rantau ini dan mewujudkan hubungan baik sesama jiran.

Selepas Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-12 di Beijing pagi tadi, Li Keqiang menjawab soalan mengenai isu persekitaran China dengan menyatakan bahawa perselisihan antara jiran tidak dapat dielakkan, namun sekiranya kita bersikap ikhlas dan berusaha mengekalkan penyelesaian secara damai, maka kestabilan rantau ini pasti dapat dipelihara. Bagi negara bukan rantau ini seperti Amerika Syarikat yang boleh dikatakan tidak pernah meninggalkan rantau Asia Pasifik, China mengalu-alukan kerjasama dengan mereka, di samping perlu mengawal percanggahan pendapat antara satu sama lain.

Li Keqiang berkata, China akan melaksanakan dasar pembangunan secara damai dengan teguh, selain memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah negara dengan tegas. China berharap agar negara-negara di dalam dan di luar rantau ini akan memberikan sumbangan demi kestabilan rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China