Cari:
Harrison Ford Kembali dalam Filem Indiana Jones ke-5
2016-03-17 15:21:46 CRI Cetak

Selepas penampilan istimewa Harrison Ford sebagai Hans Solo berjaya menghidupkan semula francais Star Wars, Disney selaku penerbit menggunakan formula yang sama untuk mengembalikan semula kegemilangan francais Indiana Jones.

Dalam satu kenyataan media, pengerusi The Walt Disney Studios, Alan Horn mengesahkan kemunculan Harrison Ford sebagai watak utama dalam filem kelima francais itu.

Steven Spielberg turut dikekalkan sebagai pengarah, seperti empat filem Indiana Jones terdahulu yang mencatat jumlah kutipan tiket keseluruhan melebihi USD 2 bilion (RM8.3 bilion).

Disney mengumumkan filem kelima Indiana Jones yang masih belum ditentukan judulnya itu bakal menemui peminat di pawagam pada Julai 2019.

(sumber Astro Awani)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China