Cari:
AS Umum Sekatan Baharu terhadap DPRK
2016-03-17 11:35:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan langkah-langkah sekatan baharu terhadap Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) pada 16 Mac lalu.

White House dalam satu kenyataan akhbar menyatakan bahawa arahan eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden AS, Barak Obama pada hari tersebut bertujuan untuk membekukan aset kerajaan DPRK dan Parti Rodong Korea serta melarang urus niaga spesifik dengan DPRK.

Selain itu, Jabatan Perbendaharaan AS turut mengeluarkan kenyataan akhbar yang memaklumkan bahawa sekatan baharu tersebut turut dilaksanakan terhadap 17 pegawai kerajaan dan agensi serta 20 kapal DPRK. Sekatan baharu yang menyasarkan sektor sumber tenaga, perlombongan, kewangan dan pengangkutan negara itu juga melarang eksport komoditi, perkhidmatan dan teknologi serta pelaburan baharu terhadap DPRK.

AS menyatakan akan terus mengenakan sekatan terhadap DPRK hingga negara itu menunaikan tanggungjawab dan kewajipan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China