Cari:
Inovasi China Amat Berhasil
2016-03-17 14:48:23 CRI Cetak

Berlatarbelakangkan prestasi yang hambar ekonomi dunia dan status permohonan harta intelek global, permohonan dan pendaftaran paten dan tanda dagang China di arena antarabangsa terus mengekalkan momentum pertumbuhan yang pesat.

Demikian dinyatakan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) dalam laporan yang dikeluarkan di Geneva semalam.

Laporan tersebut telah menganalisis prestasi permohonan hak harta intelek global yang melibatkan paten, tanda dagang dan reka bentuk produk perindustrian bagi tahun 2015.

Pengarah WIPO di China, Chen Hongbing menyatakan bahawa hasil yang dicapai oleh China tersebut disumbangkan oleh konsep pembangunan berteraskan inovasi dan strategi menggalakkan pembangunan dengan melakukan inovasi yang diamalkan oleh kerajaan China.

Chen Hongbing berkata, WIPO memuji perkembangan pesat China dalam bidang harta intelek dan bersedia untuk memperkenalkan dasar inovasi antarabangsa termasuk sistem perkhidmatan perlindungan intelektual global kepada China untuk membantu syarikat-syarikat China melaksanakan transformasi dan penaiktarafan serta meneroka pasaran luar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China