Cari:
Operasi Ketenteraan Rusia di Syria Telan USD 480 Juta
2016-03-18 11:31:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam menyatakan bahawa operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh Rusia di Syria dalam tempoh lebih lima bulan telah menelan belanja kira-kira USD 480 juta.

Putin berkata, jumlah jet pejuang yang melancarkan serangan udara di Syria telah dikurangkan kepada 20 hingga 30 jet sehari daripada 60 hingga 80 jet sehari sebelum ini sejak perjanjian genjatan senjata Syria dicapai. Daripada perspektif anggota tentera, penempatan pasukan tentera Rusia di Syria adalah berlebihan.

Tegas beliau, negaranya akan terus menyokong kerajaan Syria dalam usaha memerangi kumpulan pengganas yang diiktiraf oleh PBB, termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS) dan barisan Al-Nusra.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China