Cari:
Jepun Digesa Hentikan Kenyataan dalam Isu Laut China Selatan
2016-03-18 12:59:53 CRI Cetak

Jepun tidak layak mengeluarkan kenyataan dalam isu Laut China Selatan.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam.

Lu Kang berkata, Jepun tidak menghiraukan fakta sejarah dan cuba menyembunyikan kebenaran dengan memburuk-burukkan China di arena antarabangsa. China berharap agar negara-negara terlibat dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah, bercakap dan bertindak dengan berhati-hati bagi mengelakkan diri daripada dipergunakan negara lain demi kepentingan negara itu sendiri.

Lu Kang menyatakan bahawa China sentiasa mengekalkan penyelesaian pertikaian wilayah dan hak kawalan maritim antara China dengan negara-negara jiran melalui rundingan. Dalam isu yang melibatkan kedaulatan dan keutuhan wilayah serta hak dan kepentingan maritim, China tidak menerima kaedah penyelesaian melalui pihak ketiga.

Filipina tidak mempedulikan perjanjian dengan China untuk menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan melalui rundingan, melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC), mencabuli Konvensyen Undang-undng Laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan menyalahgunakan prosedur timbang tara yang dianjurkan dalam konvensyen itu dan secara sebelah pihak menimbang tara kes Laut China Selatan serta berusaha menggalakkan proses timbang tara tersebut. China menganggap tindakan Filipina yang membawa pertikaian Laut China Selatan ke mahkamah timbang tara menyalahi undang-undang dan tidak sah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China