Cari:
EU, Turki Capai Perjanjian Tangani Krisis Pelarian
2016-03-19 15:13:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kesatuan Eropah(EU) dan Turki mencapai perjanjian kerjasama bagi menangani krisis pelarian semalam .

Pada hari yang sama, Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk dalam sidang media menyatakan bahawa EU dan Turki menegaskan lagi pelaksanaan persetujuan berhubung rancangan tindakan bersama bagi menangani krisis pelarian yang dicapai pada bulan November tahun 2015. Kedua-dua pihak mencapai kemajuan besar dalam usaha bersama untuk menyelesaikan krisis pelarian di Eropah.

Untuk mengekang kebanjiran pelarian ke EU tanpa izin melalui Turki, kedua-dua pihak bersetuju semua pelarian yang memasuki Greece tanpa izin melalui Turki akan dihantar balik ke Turki mulai 20 Mac ini. Serentak itu, Turki akan mengambil langkah untuk mencegah pelarian baharu memasuki laluan di laut atau darat EU. Negara anggota EU pula akan memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian secara sukarela.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China