Cari:
62 Maut dalam Nahas Udara Rusia
2016-03-19 14:39:58 CRI Cetak

Kementerian Keadaan Kecemasan Rusia mengumumkan hari ini bahawa sebuah pesawat penumpang Boeing 737-800 terhempas di Rostov-on-Don, kota selatan Rusia pagi tadi dan mengakibatkan kesemua 55 orang penumpang dan 7 anak kapal terkorban. Kedutaan China ke Rusia mengesahkan bahawa tiada warga China antara penumpang itu.

Menurut berita laman sesawang Riso Rostov Kementerian Keadaan Kecemasan Rusia, pesawat yang dimiliki Syarikat Penerbangan Dubai (FlyDubai) itu bertolak dari Dubai, Emiria Arab Bersatu menuju ke Rostov-on-Don. Pesawat itu mematah beberapa bahagian serta meletup dan mengakibatkan kebakaran ketika hendak mendarat. Menurut media Rusia, pesawat itu pernah gagal mendarat di lapangan terbang Rostov-on-Don, kemudian berlegar-legar di ruang udara selama 2 jam 9 minit sebelum terhempas semasa cubaan pendaratan kedua.

Menurut Kementerian Keadaan Kecemasan Rusia, kesemua penumpang dalam pesawat itu adalah warga Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China