Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC)mengadakan mesyuarat tergempar secara tertutup mengenai pelancaran peluru berpandu balistik oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). UNSC dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu mengutuk sekeras-kerasnya dan menyatakan keprihatinan yang mendalam terhadap tindakan DPRK tersebut dan sekali lagi menggesa DPRK menghentikan tindakan seumpama itu.
Kenyataan itu menegaskan bahawa pelancaran peluru berpandu DPRK itu melanggar resolusi UNSC berkenaan dan merupakan ancaman terhadap keselamatan serantau dan antarabangsa. DPRK perlu membendung pelanggaran resolusi UNSC berkenaan dengan lebih lanjut dan menunaikan kewajiban yang ditetapkan dalam resolusi UNSC itu.
Dalam kenyataan itu, UNSC menegaskan lagi peri pentingnya memelihara kedamaian dan kestabilan di Semenanjung Korea dan Asia Timur Laut, di samping komited menangani masalah berkenaan secara damai, dan mengesyorkan anggota UNSC dan negara-negara yang terlibat membantu untuk mencapai rancangan penyelesaian melalui dialog.