Cari:
Xi Jinping: Pastikan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Hijau, Terbuka, Berkongsi dan Bersih
2016-03-19 15:51:31 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat di Beijing semalam untuk mendengar laporan mengenai kerja persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Beliau menegaskan bahawa kerja persiapan itu mempunyai makna yang penting dan memikul tanggungjawab yang berat. Pihak-pihak berkenaan diharap mengamalkan konsep inovasi, koordinasi, hijau, terbuka dan berkongsi bagi memastikan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang hijau, berkongsi, terbuka dan bersih berjaya diadakan.

Xi menyatakan bahawa rancangan menyeluruh kerja persiapan telah ditetapkan, kerja-kerja yang melibatkan pembinaan gelanggang, stadium dan infrastruktur, perlindungan persekitaran ekologi dan perkhidmatan kepada sukan telah dijelaskan, dan kerja-kerja tersebut perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China