Perdana Menteri China, Li Keqiang mempengerusikan mesyuarat Dewan Negara semalam untuk mengaturkan tugas yang ditetapkan dalam Laporan Kerja Kerajaan demi memastikan sasaran dan tugas utama kerajaan tahun ini diwujudkan.
Selain itu, mesyuarat itu telah menggariskan kerja utama dalam pembaharuan sistem ekonomi pada tahun ini agar memberikan jaminan kepada usaha menggalakkan pembangunan, meningkatkan taraf hidup rakyat dan mencegah risiko.
Mesyuarat itu juga menuntut untuk memperluaskan pelaksanaan projek perintis berhubung memungut cukai nilai tambahan untuk menggantikan pemungutan cukai perniagaan demi meringankan beban syarikat.