Cari:
China, AS Berusaha Bina Hubungan Kuasa Besar Model Baharu
2016-03-20 14:34:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ahli Suruhanjaya Ketenteraan Pusat merangkap Ketua Turus Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, Fang Fenghui ditemui bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Henry Kissinger yang datang ke China untuk menghadiri Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China di Beijing semalam.

Fang Fenghui berkata, sebagai penyaksi dan pengasas penting bagi perkembangan hubungan China-AS, Dr. Kissinger telah memberi sumbangan besar kepada hubungan bilateral kedua-dua negara. Konsensus yang dicapai oleh Presiden China, Xi Jinping dan Presiden AS, Barak Obama perlu dilaksanakan agar menjalin dan membina hubungan kuasa besar model baharu yang tidak berkonflik, tidak bertentangan, saling menghormati, bekerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang.

Kissinger menyatakan bahawa hubungan AS dan China amat signifikan bagi perubahan pola antarabangsa. Keamanan dan pembangunan China bermanfaat bagi kemakmuran, pembangunan dan kesejahteraan seluruh dunia. AS dan China patut mengadakan dialog strategik demi kerjasama yang lebih meluas, dan mengaji pendekatan yang berkesan untuk menangani perselisihan dan menyelesaikan percanggahan pendapat antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China