Cari:
Bashar: Kemenangan Perjuangan Antikeganasan Pelihara Keamanan Dunia
2016-03-20 15:34:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Syria, Bashar al Assad semalam berkata, kemenangan yang telah dicapai oleh Syria dan negara-negara sekutunya dalam perjuangan antikeganasan membantu untuk membentuk dunia yang lebih aman dan adil.

Menurut Agensi Berita Arab Syria (SANA), Bashar berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan delegasi Iran pada hari itu untuk membincangkan kemajuan situasi Syria pada ketika ini.

Bashar berkata, sokongan politik dan kententeraan yang diberikan oleh Iran dan Rusia merupakan syarat yang baik bagi Syria memerangi keganasan dan memulihkan keamanan dan kestabilan di negara itu.

Pada hari yang sama, Ketua Pengarah Pusat Koordinasi Rusia ke Syria, Sergei Kuralenko menyatakan bahawa Rusia telah mengemukakan cadangan kepada AS untuk bersama-sama menjalankan pemantauan terhadap keadaan pelaksanaan perjanjian genjatan senjata di Syria, namun masih belum mendapat maklum balas setakat ini. Rusia berpendapat, penundaan masa pihak AS untuk menerima cadangannya akan mengakibatkan lebih banyak kecederaan dan kematian rakyat jelata Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China