Cari:
Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2016 di Beijing
2016-03-20 16:49:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2016 dirasmikan di Bejing padi tadi. Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli berucap untuk merasmikan forum tersebut.

Zhang berkata, konsep pembangunan baharu berfokus pada inovasi, koordinasi, hijau, terbuka dan berkongsi yang dikemuakan oleh Presiden China, Xi Jinping merupakan hala tuju pembangunan China dalam tempoh Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China Lima Tahun Ke-13, bahkan dalam jangka masa yang lebih panjang.

Beliau berkata, pembangunan China akan membawa lebih banyak peluang kerjasama untuk memperluas pasaran dan pelaburan kepada pelbagai negara. Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) bakal diadakan di Hangzhou, Zhejiang pada tahun ini. China bersedia bekerjasam dengan negara anggota G20 untuk menggalakkan pembentukan dan pembinaan ekonomi dunia yang inovasi, dinamik, berhubung kait dan inklusif.  

Forum yang bertemakan "China dalam tempoh Rancangan Lima Tahun yang baharu" tersebut turut dihadiri oleh pakar, sarjana, usahawan, pegawai kerajaan dan perwakilan agensi antarabangsa dalam dan luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China