Cari:
Empat Warga Asing Terkorban dalam Serangan Bom di Turki
2016-03-20 14:53:26 CRI Cetak

Menurut media Turki, serangan bom berani mati berlaku di jalan Istiklal, pusat membeli belah terkenal di Istanbul, ibu negara itu pagi semalam. Setakat ini, letupan itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang terkorban termasuk penyerang dan 36 lagi cedera. Menurut keputusan pengenalpastian jabatan kehakiman Istanbul, empat mangsa yang terkorban itu termasuk tiga warga Israel dan seorang warga Iran. Dalam perkembangan yang lain, Rumah Putih Amerika Syarikat mengumumkan semalam bahawa dua warga AS terkorban dalam serangan tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya untuk mengutuk serangan keganasan itu. Menurut kenyataan itu, serangan tersebut merupakan serangan terbaharu dalam siri tindakan keganasan yang berlaku di Turki baru-baru ini, pengganas mesti dibawa ke muka pengadilan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Nasional Rumah Putih AS, Ned Price dalam kenyatan yang dikeluarkan semalam berkata bahawa AS mengutuk keras serangan itu dan AS akan terus menyokong dengan teguh tindakan antikeganasan Turki.

Selain itu, Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif semalam juga mengutuk serangan keganasan di Turki. Beliau turut menyampaikan rasa duka cita kepada mangsa yang terkorban.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China