Cari:
Kesemua 62 Penumpang Maut dalam Nahas Udara Rusia
2016-03-20 15:04:35 CRI Cetak

Sebuah pesawat penumpang Syarikat Penerbangan Emira Arab Bersatu (FlyDubai) dari Dubai ke bandar Rostov-on-Don terhempas ketika mendarat di lapangan terbang Rusia pagi semalam dan mengorbankan kesemua 62 nyawa. Seramai 55 orang penumpang, termasuk empat kanak-kanak dan tujuh orang anak kapal terlibat dalam nahas itu. Punca nahas itu masih belum dikenalpasti, pakar menganggap cuaca yang buruk berkemungkinan punca tragedi itu.

Menurut maklumat daripada Kementerian Kecemasan Rusia, kebanyakan penumpang pesawat itu adalah warga Rusia, dan juga ada warga Ukraie, Spanyol, India dan Kyrgyztan.

Ketua Eksekutif FlyDubai dalam sidang media menyatakan bahawa tiada bukti menunjukkan nahas itu merupakan serangan keganasan yang disebabkan letupan bom dalam pesawat itu dan isyarat bahaya juga tidak pernah diterima daripada pesawat itu. Dua juruterbang pesawat itu amat berpengalaman.

Dalam perkembangan lain, kotak hitam pesawat itu telah ditemukan dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak Rusia berkenaan bersama-sama dengan pakar Emira Arab Bersatu, AS dan Perancis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China