Cari:
Kontrak Projek Pembinaan Landasan Kereta Api China bagi Inisiatif B&R Bernilai USD 15 Bilion
2016-03-20 16:04:38 CRI Cetak

Setakat ini, Syarikat Pembinaan Landasan Kereta Api China (CRCC) telah menubuhkan pejabat atau mempunyai projek di 37 buah negara yang terlibat dalam usaha menjayakan inisiatif "Jalur dan Laluan (B&R)" , antaranya 111 buah projek sedang dilaksanakan dengan jumlah pelaburan menurut kontrak mencatat USD 15 bilion.

Demikian dinyatakan Ketua Pengurus CRCC, Qi Xiaofei dalam forum yang bertema "B&R: Pembangunan Infrastruktur yang Berterusan" sempena sidang kemuncak ekonomi Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2016 semalam.

Menurut maklumat berkenaan, dalam usaha menjayakan inisiatif B&R, CRCC telah menyertai projek pembinaan landasan kereta api, lebuh raya dan bangunan di Khazakastan, Turkmenistan, Azerbaijan, Afghansitan dan Georgia, menyelesaikan pembinaan Landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Ankala dengan Istanbul Turki, sistem transit aliran ringan di Mekah Arab Saudi dan landasan kereta api rentas sempadan Ethiopia dan Djibouti. Selain itu, CRCC sedang menjalankan pembinaan projek landasan kereta api China-Thailand dan landasan HSR Mekah-Madina di Arab Saudi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China