Cari:
Turki Tuduh IS Bertanggungjawab atas Serangan Istanbul
2016-03-21 14:28:53 CRI Cetak

Seorang anggota kumpulan militan Negara Islam (IS), Mehmet Ozturk, melancarkan serangan bom yang membunuh empat warga asing di pusat bandar Istanbul pada 19 Mac lalu.

Perkara itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri Turki, Efken Ala menerusi siaran TV semalam.

Menurut beliau, pengebom berani mati tersebut sudahpun dikenal pasti identitinya secara rasmi dan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS.

Selain itu, lima individu juga sudah ditangkap kerana disyaki terlibat dengan serangan di Jalan Istiklal, kawasan pejalan kaki yang popular dalam kalangan pelancong, selain merupakan kawasan pejabat kerajaan dan diplomat asing.

Ozturk, yang dilahirkan pada 1992, berasal dari Gaziantep, sebuah bandar di tenggara Turki yang bersempadan dengan Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China