Pakar penerbangan hari ini mula menganalisis kotak hitam pesawat FlyDubai FZ981 yang terhempas ketika mendarat di lapangan terbang bandar Rostov-on-Dov, Rusia, menyebabkan kesemua 62 orang penumpang dan anak kapal terkorban.
Jawatankuasa Penerbangan Antara-Negeri Rusia berkata, kotak hitam itu akan dianalisis di Moscow oleh pakar-pakar dari Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat dan Perancis.
Dilaporkan, perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) pesawat berkenaan mengalami kerosakan teruk dalam insiden berkenaan.