Cari:
BFA, Wadah Penting Kerjasama Serantau Asia
2016-03-22 14:44:32 CRI Cetak

Pakar dan sarjana dari luar negara menyifatkan sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2016 yang membuka tirainya di provinsi Hainan, selatan China hari ini, sebagai wadah penting untuk menjana kerjasama ekonomi serantau di Asia, sekali gus berperanan untuk menggerakkan proses integrasi ekonomi di benua ini.

Zhao Hong, penyelidik kanan dari Institut ISEAS-Yusof Ishak Singapura berpendapat, selain melaksanakan pembaharuan struktur dalam negeri, semua negara di Asia perlu memikirkan kaedah untuk memperkasakan kerjasama antara satu sama lain.

Profesor dari Univerisiti Nihon, Li Ke pula berkata, BFA menyediakan platform kepada tokoh-tokoh daripada bidang yang berlainan serta pelbagai negara dan kawasan untuk membincangkan topik-topik yang menjadi perhatian bersama.

Menteri Pendidikan Antarabangsa dan Pelancongan Australia, Richard Colbeck menyifatkan BFA sebagai forum yang unik dan cemerlang dalam hal ehwal Asia.

Beliau menyanjung tinggi usaha penganjuran forum tersebut kerana menyediakan peluang keemasan kepada Australia untuk menunjukkan pelan inovasi dan saintifik negara yang baharu kepada Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China