Cari:
Cuba Gesa AS Batal Sekatan Ekonomi
2016-03-22 14:49:15 CRI Cetak

Presiden Cuba, Raul Castro mengulangi gesaan agar Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan ekonomi dan embargo unilateral terhadap Havana.

Castro membuat gesaan tersebut semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama yang melakukan lawatan bersejarah bagi menamatkan permusuhan antara kedua-dua negara yang berlanjutan akibat perang dingin kira-kira 50 tahun yang lalu.

Ketika sidang media selepas pertemuan berkenaan semalam, beliau memuji usaha Obama dalam membuka semula episod baharu hubungan diplomatik kedua-dua negara yang terputus sejak lima dekad lalu, sekali gus menyatakan hasrat untuk memperluas kerjasama dengan AS dalam penghapusan virus Zika, pembanterasan jenayah dadah, dan lain-lain.

Castro berharap agar Washington dapat membatalkan sekatan ekonomi terhadap Havana dan memulangkan pangkalan tentera Teluk Guantanamo.

Dalam pada itu, Obama berkata, sekatan terhadap negara Amerika Latin tersebut akan berakhir pada suatu hari nanti.

Biarpun wujud percanggahan, kedua-dua negara tetap mampu meningkatkan dialog yang konstruktif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China