Cari:
Pendirian China dalam Masalah Dadah
2016-03-22 15:39:45 CRI Cetak

Timbalan Ketua Delegasi China ke Geneva, Fu Cong, yang mewakili 28 buah negara telah menyampaikan ucapan mengenai masalah dadah dan hak asasi manusia serta mengemukakan tiga prinsip dalam usaha menangani masalah dadah pada sidang ke-31 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) semalam.

Beliau berkata, China dan semua negara terbabit menyokong dan prihatin terhadap isu hak asasi manusia, kebebasan dan maruah seperti yang terkandung dalam undang-undang berkenaan ketika mengambil tindakan untuk mengurangkan permintaan terhadap dadah.

Tiga prinsip tersebut adalah mendukung kewibawaan sistem antidadah yang sedia ada, menyelesaikan masalah dadah melalui kaedah yang komprehensif dan seimbang, serta memperkasakan kerjasama antarabangsa dan meningkatkan bantuan berdasarkan prinsip "berkongsi tanggungjawab".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China