Cari:
Seorang Lagi Suspek Serangan Belgium Dikenal Pasti
2016-03-24 17:33:29 CRI Cetak

Pihak polis Belgium mengenal pasti seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan bom berani mati yang menggegarkan Lapangan Terbang Zaventem di Brussels, kelmarin.

Pengebom berani mati itu dikenal pasti sebagai Najim Laachraoui, pakar pembuat bom dan disyaki membuat jaket yang digunakan semasa serangan di Paris tahun lepas.

Dimaklumkan, Laachraoui dipercayai pernah ke sempadan Austria dan Hungary September lepas bersama-sama dengan dalang utama serangan di Paris, Salah Abdelsalam.

DNA Laachraoui telah dijumpai di sebuah rumah yang digunakan oleh suspek untuk melancarkan serangan di Paris pada tahun lalu.

Sebelum ini, dua daripada sekumpulan lelaki yang melancarkan serangan di Brussels telah dikenal pasti adik-beradik yang bernama Khalid El Bakraoui dan Ibrahim El Bakraoui.

Dalam perkembangan yang sama, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan malam tadi berkata, salah seorang daripada dua pengebom bunuh diri tersebut pernah ditahan sebelum ini, namun pihak berkuasa Belgium didakwa gagal mengesahkan kaitan individu tersebut dengan aktiviti keganasan.

Menurut beliau, pihak berkuasa Turki telah menangkap Ibrahim El Bakraoui, warganegara Belgium, pada Jun lalu di Gaziantep, iaitu kawasan di sempadan Syria. Selepas menyerahkan suspek pada 14 Julai 2015 lalu bersama-sama dengan amaran, kerajaan Belgium telah membebaskannya.

Erdogan menuding jari kepada pihak berkuasa Belgium kerana gagal memastikan kaitan suspek tersebut dalam aktiviti keganasan meskipun telah diberi amaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China