Cari:
Ekonomi China Dipacu Tiga Momentum
2016-03-24 18:08:20 CRI Cetak

Ekonomi China mampu kekal mampan dalam satu jangka masa yang panjang sekiranya berjaya memanfaatkan tiga momentum daripada pelaksanaan dasar reformasi dan keterbukaan, pengubahsuaian struktur dan peningkatan taraf hidup rakyat.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menyampaikan ucaptama sempena perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2016 di provinsi Hainan hari ini.

PM Li berkata, konsep pertumbuhan baharu yang berteraskan "inovasi, koordinasi, hijau, terbuka dan berkongsi" membolehkan ekonomi China beroperasi dengan lebih stabil dan cekap.

Demi mencapai matlamat tersebut, momentum baharu yang ditemukan daripada ketiga-tiga aspek tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Beliau berharap agar keterbukaan sektor perkhidmatan dan kewangan dapat ditingkatkan demi menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan asing yang berprestij di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China