Cari:
Dua Menteri Belgium Tarik Balik Kenyataan Letak Jawatan
2016-03-25 15:00:04 CRI Cetak
Menteri Dalam Negeri Belgium, Jan Jambon dan Menteri Kehakiman, Koen Geens semalam bersedia untuk meletakkan jawatan selepas hebat dikecam kerana gagal mendapat maklumat risikan berhubung dengan serangan berdarah di Brussels.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Charles Michel enggan menerima surat peletakan jawatan mereka, dan meminta kedua-dua menteri tersebut terus bertugas di portfolio masing-masing disebabkan negara itu sedang berstatus perang antikeganasan.

"Gegaran" dalam arena politik Belgium ini tercetus ekoran dakwaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menyatakan bahawa pihak berkuasa Belgium mengabaikan amaran Turki mengenai Ibrahim El Bakraoui, salah seorang daripada suspek dalam serangan berani mati di Brussels, yang merupakan anggota militan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China