Cari:
Reformasi, Momentum Asas Pembangunan China
2016-03-25 15:06:09 CRI Cetak

China komited untuk terus menggerakkan pembaharuan yang melibatkan syarikat milik negara, syarikat swasta dan syarikat modal asing kerana reformasi dianggap sebagai momentum asas bagi pembangunan negara.

Demikian ditegaskan Perdana Menteri China, Li Keqiang sepanjang pertemuan dengan 150 orang tokoh dari dalam dan luar negara yang terbabit dalam sektor perindustrian, perniagaan, kewangan dan kumpulan pemikir serta pihak media pada sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2016 di Hainan, petang semalam.

PM Li berkata, reformasi tersebut bukan sahaja menyasarkan sistem operasi syarikat milik negara dengan tujuan untuk meningkatkan daya saing dalam pasaran terbuka, malah untuk merancakkan lagi akses syarikat swasta dan modal asing ke pasaran China.

Menurut beliau, penglibatan dalam kegiatan ekonomi dunia telah membawa banyak manfaat kepada China.

Selaku peserta dan pembina sistem ekonomi dan politik antarabangsa, China berharap agar dunia dapat mewujudkan pembangunan yang seimbang, sekali gus memberikan lebih banyak peluang kepada negara-negara membangun bersuara di persada dunia.

Dalam pada itu, para perwakilan menyatakan bahawa prestasi ekonomi China yang cemerlang membolehkan negara itu berada pada kedudukan yang penting dalam ekonomi dunia.

Kerajaan negara itu bertindak bijak untuk memastikan kelancaran reformasi ekonomi domestik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China