Menteri Dalam Negeri Belgium, Jan Jambon mengumumkan, Brussels akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tiga daripada tahap paling tinggi, iaitu peringkat empat.
Hal ini susulan daripada kebimbangan akan kemungkinan wujudnya ancaman keganasan pada bila-bila masa.
Pihak berkuasa Belgium malam tadi mengadakan mesyuarat keselamatan untuk menganalisis semula situasi semasa setelah tercetusnya serangan pengganas.