Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon melantik karakter burung merah dari permainan Angry Birds selaku Duta Besar Kehormat Hijau PBB. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan golongan muda bertindak menangani perubahan iklim demi kebaikan semua, sekali gus mengembalikan kegembiraan si Angry Bird.
PBB berharap agar orang ramai dapat berkongsi pengalaman mereka memelihara alam sekitar dengan tindakan seperti mengitar semula, menggunakan pengangkutan awam dan menjimatkan air, menerusi medial sosial.