Seorang suspek kejadian serangan di Brussels ditahan dalam satu serbuan polis Belgium semalam.
Stesen penyiaran awam Belgium RTBF menyatakan bahawa pihak polis melancarkan serbuan di komun Schaerbeek semalam dan menjumpai banyak bahan letupan di dalam sebuah apartmen, yang dipercayai digunakan oleh para pengebom nekad dalam serangan pada hari Selasa lalu.
Menurut sumber polis, suspek yang ditahan tersebut disyaki mempunyai kaitan dengan komplot serangan ke atas Perancis yang berjaya ditumpaskan pada 24 Mac lalu.