Cari:
AS Sahkan Menteri Kewangan IS Maut
2016-03-26 14:59:28 CRI Cetak

Tentera Amerika Syarikat (AS) berjaya membunuh orang nombor dua kumpulan militan Negara Islam (IS) minggu ini, sekali gus melemahkan keupayaan kumpulan militan itu menjalankan operasi di dalam dan luar negeri Syria dan Iraq.

Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter dalam sidang media semalam berkata, pihaknya secara sistematik menghapuskan pegawai-pegawai kanan IS.

Merujuk pembunuhan awal bulan ini ke atas Omar al-Shishani, lelaki yang dikenali sebagai menteri pertahanan IS, Carter berkata, pembunuhan ke atas Abd ar-Rahman Mustafa al-Qaduli yang dikenali sebagai Haji Imam, atau Abu Ala Afri, berkhidmat sebagai menteri kewangan IS, akan menyekat keupayaan mereka menjalankan operasi di dalam dan luar Iraq serta Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China