Interpol dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyokong usaha Belgium mengesan kaitan antara penyerang yang meragut sekurang-kurangnya 34 nyawa di Brussels Selasa lalu dengan individu-individu berbahaya lain.
Badan polis antarabangsa itu akan menyediakan sokongan analitikal dan operasi kepada Belgium susulan serangan pengganas di Brussels bagi mengenal pasti hubungan potensi dengan individu lain dan serangan di seluruh dunia.
Kenyataan itu berkata, satu matlamat utamanya ialah menyediakan negara anggota peluang mengemaskinikan pangkalan data mereka serta menyemak maklumat ke atas suspek dan individu dikehendaki.