Cari:
AS, Russia Mahu Draf Perlembagaan Syria menjelang Ogos
2016-03-26 15:02:38 CRI Cetak
Amerika Syarikat (AS) dan Rusia bersetuju untuk meletakkan sasaran menyediakan draf perlembagaan baharu Syria menjelang Ogos ini.

Setiausaha Negara AS, John Kerry berkata demikian selepas rundingan empat jam di Kremlin bersama-sama dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam.

Katanya, mereka turut bersetuju untuk mendesak kerajaan Syria supaya mempercepat rundingan peralihan politik.

Dilaporkan, satu pusingan rundingan damai tidak langsung antara kerajaan Syria dengan puak pembangkang berakhir semalam. Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Staffan de Mistura berkata, beliau menyaksikan banyak persefahaman antara kedua-dua pihak tersebut.

Rundingan itu kini ditangguhkan sementara untuk tempoh rehat seperti dijadualkan dan Mistura berkata rundingan berkenaan akan disambung semula pada bulan depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China