Cari:
63 Maut Serangan Berani Mati di Pakistan
2016-03-28 11:54:42 CRI Cetak

Menurut jurucakap negeri Punjab Pakistan malam semalam, serangan bom berani mati yang berlaku di Lahore telah mengakibatkan 63 maut, manakala 306 lagi cedera.

Menurut Konsulat China di Lahore, tiada warga China dilaporkan maut atau cedera dalam serangan tersebut.

Menurut polis tempatan, serangan bom berani mati tersebut berlaku di kawasan tempat meletak kereta di Taman Gulshan-e-Iqbal ketika banyak penduduk tempatan bersiar-siar di sana pada hujung minggu.

Mangsa serangan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, dengan kebanyakan yang terkorban dan cedera adalah wanita dan kanak-kanak. Manakala, berpuluh-puluh lagi cedera parah.

Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif mengutuk serangan tersebut dan mahu pihak hospital menyediakan rawatan terbaik kepada mangsa.

Jurucakap kumpulan militan Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China