Tentera Syria yang dibantu tentera Rusia hari ini menawan semula kota purba bersejarah Palmyra di bahagian tengah negara itu, yang jatuh ke tangan kumpulan militan Negara Islam (IS) pada Mei tahun lepas.
Presiden Rusia, Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad atas kejayaan tersebut.
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, pihaknya akan sedaya upaya menyediakan bantuan untuk menghapuskan sebarang alat letupan di kota purba tersebut.
Tentera Syria pula berkata, kejayaan di Palmyra merupakan tamparan hebat kepada kumpulan Negara Islan (IS) dan menandakan bermulanya era kejatuhan IS.
Bashar al-Assad mengucapkan terima kasih kepada Rusia atas bantuan merebut kembali Palmyra.
Tambah beliau, kota purba itu telah mengalami kerosakan teruk akibat serangan pengganas. Beliau berharap agar masyarakat antarabangsa dapat terlibat secara aktif dalam usaha membaik pulih kota purba itu.
Beliau juga menyanjung tinggi usaha Rusia untuk menggalakkan pelbagai pihak Syria mengadakan dialog.
Pada masa yang sama, Putin dan Bashar berharap agar dialog pelbagai pihak Syria mencapai kemajuan dan mendorong proses pembaharuan perlembagaan.