Presiden China, Xi Jinping menemui Presiden Czech, Milos Zeman di Prague semalam. Xi Jinping berkata, walaupun China dan Czech dipisahkan oleh jarak yang jauh, namun lawatan persahabatan kedua-dua negara telah bersejarah lama.
Beliau berharap agar lawatan beliau kali ini dapat menggalakkan hubungan dua hala berkembang ke tahap yang lebih tinggi.
Milos Zeman pula menyatakan bahawa Czech amat mementingkan hubungan dengan China dan mengutamakan kerjasama pragmatik dengan China.
Beliau berbesar hati dengan kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala dan yakin bahawa lawatan Xi akan meningkatkan kesalingpercayaan politik dan meneroka peluang baharu bagi interaksi dan kerjasama kedua-dua negara.