Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengeluarkan kenyataan yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati yang berlaku di Lahore, Pakistan dan menyatakan bahawa pihaknya akan terus menyokong tindakan Pakistan untuk membanteras keganasan dan ekstremisme.
Serangan bom berani mati yang berlaku di taman riadah, Gulshan-i-Iqbal di Lahore, timur Pakistan kelmarin mengakibatkan 72 maut, manakala lebih 300 lagi cedera.
Kumpulan Taliban cawangan Pakistan mengaku melakukan serangan tersebut.