Cari:
Penduduk Jepun Bantah Undang-undang Keselamatan Baharu
2016-03-30 08:51:05 CRI Cetak

Undang-undang Keselamatan baharu Jepun yang bertujuan untuk melaksanakan hak pertahanan kolektif mula berkuatkuasa semalam.

Pada hari yang sama, kira-kira 37 ribu rakyat Jepun berhimpun di hadapan parlimen untuk membantah pelaksanaan undang-undang itu dan menuntut undang-undang itu segera dibatalkan.

Pemimpin Parti Progresif Demokratik (DPP), Yukio Edano mengutuk kabinet Shinzo Abe kerana melanggar perlembagaan, sekali gus hilang kelayakan untuk memerintah.

Menurut beliau, pertahanan wilayah Jepun memerlukan "hak pertahanan individu" dan tidak mempunyai kaitan dengan hak pertahanan secara kolektif.

Pemimpin Parti Komunis Jepun, Yoshiki Yamashita menyeru semua parti pembangkang agar bersatu padu untuk menggulingkan pemerintahan Shinzo Abe.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China