Drama rampasan pesawat EgyptAir yang menggemparkan Mesir selama beberapa jam semalam, berakhir apabila suspek ditahan selepas menyerah diri dan semua penumpang dibebaskan.
Lapangan Terbang Larnaca Cyprus telah beroperasi semula selepas suspek ditahan.
Sesetengah penumpang pesawat berkenaan telah kembali ke Mesir melalui penerbangan komersial, manakala yang lain menunggu pesawat khas yang akan diuruskan oleh pihak tentera Mesir.
Suspek, Seif Eldin Mustafa, 59, yang tidak stabil dari segi mental berbuat demikian kerana mahu bertemu dengan bekas isterinya di Cyprus.
Lelaki itu melemparkan sepucuk surat keluar dari pesawat dan meminta surat yang ditulis dalam bahasa Arab itu dihantar kepada bekas isterinya sehingga memaksa pesawat penumpang itu melakukan pendaratan cemas di Cyprus.