Cari:
China dan Czech Jalinkan Hubungan Perkongsian Strategik
2016-03-30 11:29:09 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Czech, Milos Zeman mengadakan rundingan di Prague semalam.

Pemimpin kedua-dua negara menyanjung tinggi perkembangan hubungan dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan China-Czech, China-Eropah, kerjasama antara China dengan negara Eropah Timur dan Tengah, serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama. Kedua-dua presiden telah mencapai pelbagai konsensus dan memutuskan untuk meningkatkan hubungan China-Czech kepada hubungan perkongsian strategik.

Mereka bersependapat bahawa kerjasama antara China dengan negara Eropah Timur dan Tengah selaras dengan hubungan perkongsian strategik China-Czech.

China dan Czech berpegang teguh kepada prinsip saling menghormati, saling menguntungkan dan saling membantu, memperluas kepentingan bersama, memperkukuh perkongsian kerjasama China dengan negara Eropah Timur dan Tengah melalui inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan menggalakkan kerjasama kesalinghubungan China-Eropah dan interaksi sosiobudaya.

Selepas rundingan itu, pemimpin kedua-dua negara turut memeterai Kenyataan Bersama Penjalinan Hubungan Perkongsian Strategik China-Czech dan menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama dua hala dalam e-dagang, pelaburan, sains dan teknologi, pelancongan, kebudayaan dan penerbangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China