Atas undangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, Presiden China, Xi Jinping tiba di Washington semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) kali keempat pada 31 Mac hingga 1 April.
Sidang kemuncak tersebut bertemakan "Kukuhkan Sistem Keselamatan Nuklear Antarabangsa".
Xi Jinping akan menghadiri semua aktiviti rasmi sempena sidang tersebut dan menyampaikan ucapan penting untuk menjelaskan pendirian dan anjuran China dalam isu keselamatan nuklear.
Selain itu, beliau juga akan menghadiri sidang pemimpin nnam negara berkaitan isu nuklear Iran.