Menteri Luar Syria, Walid Muallem yang dalam rangka lawatan ke Algeria menyatakan bahawa kerajaan Syria akan menghadiri rundingan damai isu Syria pusingan baharu di Geneva.
Ketika mengulas kejayaan tentera kerajaan yang menawan semula Tadmor, kota purba di tengah negara itu, Walid Muallem menyifatkan itu bukan sahaja kejayaan tentera kerajaan, malah juga kejayaan masyarakat antarabangsa dalam memerangi keganasan.
Utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura pada 24 Mac lalu berkata bahawa kerajaan Syria dan pihak pembangkang telah mencapai konsensus dalam 12 perkara. Rundingan pusingan seterusnya akan diadakan pada 9 April ini.