Cari:
PBB Gesa Buka Lebih Banyak Saluran Terima Pelarian
2016-03-31 11:54:36 CRI Cetak

Pelbagai negara digesa meningkatkan kerjasama bagi membuka lebih banyak saluran untuk menerima pelarian dalam usaha merealisasikan sasaran penempatan 10 peratus pelarian Syria yang paling memerlukan bantuan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian mesyuarat peringkat tinggi isu pelarian Syria di Geneva semalam.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Isu Pelarian, Filippo Grandi menyatakan bahawa PBB merancang untuk menempatkan 10 peratus pelarian Syria yang paling memerlukan bantuan, dengan melibatkan kira-kira 480 ribu pelarian, dalam tiga tahun akan datang.

Kini, lebih 30 buah negara telah berjanji untuk menerima 179 ribu pelarian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China