Cari:
Komitmen China-AS dalam Keselamatan Nuklear
2016-04-01 14:49:19 CRI Cetak

China dan Amerika Syarikat (AS) menyatakan komitmen masing-masing untuk mengurangkan ancaman keganasan nuklear, menyediakan persekitaran antarabangsa yang damai dan stabil, membina sistem keselamatan nuklear yang inklusif, selaras, berterusan dan kukuh demi mewujudkan situasi menang-menang dan keselamatan bersama.

Selain itu, kedua-dua negara juga berjanji untuk menyediakan kepakaran, dana dan bantuan dalam bentuk barangan serta memberikan sokongan kepada pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, di samping meningkatkan kerjasama dalam beberapa bidang penting yang berkaitan dengan keselamatan nuklear.

Setakat ini, kedua-dua negara telah mencapai kejayaan dalam latihan keselamatan nuklear dan akan mengekalkan komunikasi serta usaha membanteras penyeludupan nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China