Cari:
Pertemuan Pemimpin China-AS Berhasil
2016-04-01 14:46:45 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengadakan rundingan sempena Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) kali ke-4 di Washington, AS semalam.

Melalui rundingan yang diadakan selama dua jam itu, pemimpin kedua-dua negara telah bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala dan isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Mereka turut mencapai konsensus dalam lapan perkara seperti berikut:

Pertama, China dan AS terus mengintensifkan kerjasama pragmatik, mengawal perbezaan pendapat, dan menggalakkan pembangunan hubungan dua negara kuasa besar yang baharu.

Kedua, pemimpin kedua-dua negara menanti-nantikan pertemuan lagi di Hangzhou sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada September nanti.

Ketiga, China dan AS mengeluarkan kenyataan bersama mengenai perubahan iklim, dan akan memeterai Perjanjian Paris pada 22 April.

Keempat, China dan AS komited menggalakkan rundingan perjanjian pelaburan supaya perjanjian itu dapat dicapai secepat mungkin.

Kelima, Kenyataan Bersama Kerjasama Keselamatan Nuklear China-AS dikeluarkan.

Keenam, China dan AS akan mempergiat kerjasama pragmatik dalam bidang ketenteraan, sosiobudaya, siber, penguatkuasaan undang-undang, memburu penjenayah yang melarikan diri, dan usaha memerangi keganasan.

Ketujuh, China dan AS komited menangani isu sensitif dengan kaedah yang membina dan menjalinkan kerjasama dalam hal ehwal Asia Pasifik.

Kelapan, China dan AS akan terus mengekalkan koordinasi dan kerjasama dalam isu nuklear Semenanjung Korea, isu nuklear Iran, isu Afghanistan, kesihatan global, pembangunan dan misi pengaman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China