Cari:
Xi Jinping Berucap Dalam Sidang Pemimpin Enam Negara Isu Nuklear Iran
2016-04-02 14:58:30 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah menghadari Sidang Pemimpin Mekanisme Enam Negara Berkaitan Isu Nuklear Iran di Washington semalam.

Dalam ucapan beliau menegaskan bahawa pencapaian perjanjian komprehensif isu nuklear Iran merupakan satu hasil yang amat signifikan, namun isu itu masih menghadapi jalan yang panjang.

Menurut beliau, penyelesaian masalah nuklear Iran telah memberikan banyak inspirasi kepada dunia. Pertama, dialog dan rundingan merupakan pendekatan terbaik untuk menyelesaikan masalah hangat. Kedua, kerjasama antara negara-negara kuasa besar dianggap kaedah yang berkesan untuk menangani pertikaian penting. Ketiga, keadilan dan kesaksamaan merupakan prinsip asas demi pencapaian perjanjian antarabangsa. Keempat, keputusan politik merupakan faktor utama untuk mendorong rundingan mencapai kemajuan.

Presiden Xi menegaskan bahawa China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk terus berusaha mendorong pelaksanaan lanjut perjanjian komprehensif tersebut supaya memberi sumbangan yang baharu terhadap keamanan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China