Jurucakap Palang Merah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menyatakan semalam bahawa negara itu akan memutuskan hubungan kemanusiaan dengan Korea Selatan.
Katanya, beberapa masalah kemanusiaan termasuk pertemuan semula keluarga terpisah antara utara dengan selatan, tidak dapat diselesaikan kerana pihak Korea Selatan. DPRK telah mengemukakan pelan rasional untuk menyelesaikan masalah tersebut pada bulan Disember tahun lalu, tetapi ditolak oleh Korea Selatan.
Tambahnya lagi, pendirian DPRK adalah untuk memutuskan semua hubungan kemanusiaan dengan kerajaan Korea Selatan sekarang dan mereka tidak boleh mengelakkan diri daripada menanggung akibat yang sewajarnya.