Cari:
Sudan Rampas Senjata Rakyat Darfur
2016-04-03 14:50:13 CRI Cetak

Presiden Sudan, Omar al-Bashir semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan merampas senjata haram yang dimiliki rakyat di kawasan Darfur.

Beliau mengumumkan keputusan itu ketika meninjau El Geneina, ibu kota Darfur Barat semalam.

Beliau berkata, senjata haram yang dimiliki oleh rakyat merupakan salah satu unsur yang menyebabkan situasi ketidaktenteraman di Darfur. Konflik antara puak di Darfur Selatan baru-baru ini disebabkan penduduk tempatan memiliki senjata haram. Gabenor Darfur Selatan telah berikrar akan menyelesaikan tugas merampas senjata daripada penduduk tempatan menjelang penghujung tahun ini.

Omar al-Bashir menjelaskan, tindakan ini membantu untuk mengukuhkan pemerintahan kerajaan dan pasukan tentera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China