Cari:
China Aktif Galakkan Tadbir Urus Keselamatan Global
2016-04-03 14:50:50 CRI Cetak

Selepas mengadakan lawatan negara ke Republik Czech dan menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) ke-4 di Washington, Presiden China Xi Jinping telah selamat kembali ke China.

Menteri Luar, Wang Yi yang turut mengiringi Presiden Xi dalam rangka lawatan beliau telah memperkenalkan hasil lawatan Xi kali ini.

Menurut beliau, lawatan Presiden Xi kali ini telah mencapai hasil yang menggalakkan.

Pertama, lawatan Presiden Xi ke Czech telah meningkatkan hubungan dua hala dan mendorong kerjasama menang-menang China-Eropah. Lawatan Xi di Czech merupakan lawatan yang bersejarah dan pasti akan menyediakan asas yang kukuh bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa depan, di samping merapatkan kerjasama saling menguntungkan antara China dengan Eropah Tengah dan Timur, bahkah seluruh Eropah.

Kedua, kehadiran Presiden Xi dalam NSS ke-4 telah mendorong pembinaan sistem keselamatan nuklear sebagai sebuah negara besar yang bertanggungjawab. Presiden Xi telah mengemukakan cadangan lima perkara bagi mendorong kerjasama keselamatan nuklear global, kemampuan dan keperluan China. Cadangan tersebut disambut baik oleh pelbagai negara terlibat.

Ketiga, Presiden Xi telah menerangkan dasar dalam dan luar China yang memperlihatkan prospek cerah ekonomi China pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China