Menurut tentera kerajaan Syria, pihaknya telah mengadakan serbuan besar-besaran terhadap Gallatin, bandar utama di kawasan tengah Syria yang kini ditawan oleh kumpulan ekstremis, Negara Islam (IS) semalam.
Dimaklumkan bahawa dengan sokongan jet pejuang Rusia, tentera kerajaan Syria telah berjaya menembusi penentang IS di barat Gallatin.
Gallatin yang ditakluk IS pada bulan Ogos lalu terletak di lokasi strategik, antara tiga buah bandar utama iaitu Damsyik, Homs dan Palmyra.